Pakar ekonomi berkata skim itu dapat membantu mengekalkan bekalan diesel sedia ada dengan mengurangkan ketirisan, ketika Putrajaya berusaha mempelbagaikan sumberPakar ekonomi berkata skim itu dapat membantu mengekalkan bekalan diesel sedia ada dengan mengurangkan ketirisan, ketika Putrajaya berusaha mempelbagaikan sumber

BUDI Diesel bantu kerajaan ‘beli masa’ tangani krisis bekalan global, kata pakar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
DieselDilaporkan jualan diesel di stesen minyak Sabah dan Sarawak mencecah 200 juta liter sebulan pada Mac dan April, dua kali ganda lebih tinggi berbanding penggunaan sepatutnya berdasarkan jumlah kenderaan diesel berdaftar.

PETALING JAYA: BUDI Diesel dapat membantu kerajaan ‘membeli masa’ menguruskan bekalan bahan api negara dengan memastikan stok diesel sedia ada terus mencukupi dan mengurangkan ketirisan tatkala krisis bekalan global, kata pakar ekonomi.

Mereka berkata, jaminan Petronas bahawa bekalan bahan api mencukupi sehingga akhir Julai menyerlahkan tempoh bekalan yang terhad untuk diuruskan Malaysia, sekali gus menjadikan usaha melindungi stok sedia ada lebih mendesak ketika ketegangan geopolitik terus mengganggu aliran global.

Pakar ekonomi berkata, BUDI Diesel dapat membantu mengekalkan bekalan diesel sedia ada dengan mengurangkan ketirisan, ketika Putrajaya berusaha mempelbagaikan sumber import, dengan merujuk lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini.

Anwar dilaporkan berkata, Rusia memberi jaminan bekalan minyak, gas dan diesel kepada Malaysia untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang, menerusi aturan jangka panjang disampaikan Presiden Vladimir Putin dalam pertemuan di Kazan.

mustazar mansurMustazar Mansur.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Mustazar Mansur, berkata ketegangan geopolitik di Asia Tengah mengganggu rantaian bekalan dan menaikkan harga bahan api, sekali gus memberi tekanan kepada bekalan.

Katanya, jika dibiarkan keadaan itu boleh memberi tekanan kepada firma dan isi rumah, justeru penting untuk kerajaan memastikan diesel bersubsidi digunakan oleh mereka yang layak dan tidak hilang akibat ketirisan.

“(Ini sebabnya) kerajaan cuba mengurangkan ketirisan melibatkan pihak yang tidak layak menikmati bahan api bersubsidi, terutama warga asing dan aktiviti penyeludupan di laut serta sepanjang sempadan, melalui penggunaan MyKad dan penguatkuasaan bersepadu,” katanya.

Mustazar berkata, subsidi diesel pukal yang sebelum ini diberikan di Sabah dan Sarawak menyebabkan ketirisan serius, menjadikan mekanisme lama itu sukar dipertahankan ketika krisis bekalan global.

“Ia tidak boleh bertahan lama. Jika harga minyak meningkat melebihi USD100 setong, kerajaan perlu menanggung kira-kira RM5 bilion hingga RM7 bilion sebulan. Itu kos yang sangat tinggi.

“Jika beban ini diteruskan, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan dalam banyak bidang seperti pendidikan, kesihatan dan projek pembangunan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, dilaporkan jualan diesel di stesen minyak Sabah dan Sarawak mencecah 200 juta liter sebulan pada Mac dan April, dianggarkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding penggunaan sepatutnya berdasarkan jumlah kenderaan diesel berdaftar.

Susulan itu, mulai 1 Julai pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh membeli sehingga 200 liter sebulan pada harga RM2.10 seliter melalui MyKad, manakala pemilik pikap dan jip boleh memohon tambahan 100 liter.

Menurut Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, kuota itu ditetapkan berdasarkan data penggunaan, dengan 80% pengguna diesel merekodkan penggunaan bawah 200 liter sebulan, manakala 95% menggunakan kurang 300 liter sebulan.

MyKad perjelas perubahan

Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penggunaan MyKad membolehkan kerajaan menjelaskan perubahan tersebut bertujuan menyasarkan subsidi dengan lebih tepat, bukan menarik balik bantuan.

Katanya, mekanisme itu sesuai digunakan kerana sudah diterapkan dalam pelaksanaan BUDI Madani RON95 (BUDI95) yang terbukti berjalan lancar.

“Walaupun dengan penggunaan MyKad, secara prinsipnya ia masih lagi bersifat pukal, iaitu mereka yang berpendapatan tinggi juga akan menikmati subsidi ini,” katanya.

Afzanizam berkata, pada masa depan kerajaan perlu memperhalusi penyasaran subsidi mengikut pendapatan bagi mengurangkan lagi beban fiskal negara, namun sebarang langkah susulan wajar dibuat beransur-ansur.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel menunjukkan kerajaan mengambil risiko politik kerana reformasi subsidi lazimnya mengundang persepsi negatif.

“Biasanya reformasi seperti ini dibuat pada awal penggal ketika kerajaan masih berada dalam tempoh ‘honeymoon’. Tetapi kali ini ia dibuat pada pertengahan penggal dan hampir dengan pilihan raya, jadi risikonya lebih besar,” katanya.

Namun, Syaza berkata kerajaan tetap memilih pendekatan disiplin fiskal, yang menurutnya selari dengan agenda reformasi ekonomi Pakatan Harapan.

“Jika kerajaan tidak melakukannya, dalam sistem politik yang semakin berpecah, saya tidak pasti sama ada kerajaan akan datang (mempunyai keberanian politik untuk) melaksanakan reformasi subsidi tenaga,” katanya.

Beliau berkata, tanpa kawalan subsidi perbelanjaan negara boleh terus melonjak dan meninggalkan beban fiskal lebih besar kepada pentadbiran selepas ini.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002562
$0.00002562$0.00002562
-5.11%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.