Peguam Rosmah Mansur berkata Mahkamah Tinggi juga tetapkan 28 Sept ini bagi dengar permohonan meminda writ saman dan injunksi Mareva.Peguam Rosmah Mansur berkata Mahkamah Tinggi juga tetapkan 28 Sept ini bagi dengar permohonan meminda writ saman dan injunksi Mareva.

Bicara 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah mula 28 Jun 2027

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
rosmah mansor1MDB dan 10 syarikat lain menyaman Rosmah Mansor bagi mendapatkan semula barangan serta pampasan kewangan berhubung pembelian barangan mewah didakwa menggunakan dana diseleweng daripada syarikat berkenaan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan 1MDB dan 10 syarikat lain terhadap Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih USD346 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diselewengkan, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 28 Jun tahun depan.

Peguam Rajan Navaratnam, yang mewakili Rosmah berkata pada prosiding pengurusan kes itu semalam, Pesuruhjaya kehakiman Muhammad Adam @ Edward Abdullah menetapkan 28 Jun hingga 2 Julai, 5 Julai hingga 9 Julai dan 19 Julai hingga 30 Julai 2027 untuk perbicaraan.

“Mahkamah juga menetapkan 28 Sept ini untuk mendengar permohonan meminda writ saman dan permohonan injunksi Mareva,” kata peguam itu ketika dihubungi.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu daripada melupuskan aset berjumlah USD346 juta sama ada dalam bentuk kredit, saham syarikat, hartanah atau lain-lain sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Saman yang difailkan pada 9 Mei 2024 itu melibatkan 1MDB dan lima anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited serta SRC International Sdn Bhd.

Lima lagi syarikat terlibat ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Semua plaintif memohon perintah mahkamah supaya Rosmah membayar sebanyak USD346,010,489 atau jumlah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mereka turut memohon pengisytiharan bahawa plaintif pertama hingga keenam adalah pemilik sah barangan mewah yang didakwa berada dalam milikan Rosmah.

Pada peringkat awal, saman itu menamakan Rosmah dan wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Bagaimanapun, pada April 2025, 1MDB bersama syarikat terbabit menarik balik saman terhadap Shabnam.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs