Jika benar, Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) minta kerajaan tetapkan semula harga beras supaya tidak bebankan rakyat.Jika benar, Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) minta kerajaan tetapkan semula harga beras supaya tidak bebankan rakyat.

Wakil rakyat pembangkang gesa KPKM sahkan larangan campur beras dimansuh

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
beli beras supermarketMuslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) setuju bahawa tindakan benar campuran beras sebabkan beras putih tempatan ‘hilang’ di pasaran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan sama ada larangan campuran beras putih tempatan dan beras import telah dimansuhkan.

Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) berkata, jika benar, beliau meminta kerajaan menurunkan atau menetapkan semula harga beras supaya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Pada 9 Okt 2024, KPKM perkenan larangan campuran beras tempatan dan import. (Katanya) peraturan akan dikeluarkan,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

“(Namun dimaklumkan), Jemaah Menteri buat keputusan pada 7 Dis tahun lepas membenarkan campuran beras import dan beras putih tempatan. Adakah kebenaran ini sah? Nak minta penjelasan tuntas menteri.”

Muslimin turut bersetuju dengan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bahawa tindakan membenarkan campuran beras itu menyebabkan beras putih tempatan ‘hilang’ di pasaran.

“Rakyat perlu ada pilihan beli beras, bukan terpaksa bayar mahal beli beras import padahal dicampur dengan beras ditanam pesawah kita,” katanya.

Pada Oktober 2024, KPKM dilaporkan berkata, satu peraturan baharu akan diwujudkan bagi memastikan tiada penyelewengan terhadap bekalan beras putih tempatan negara.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs