Kerajaan ambil langkah awal bantu pekerja sesuaikan diri dengan perubahan dicetuskan oleh penggunaan AI, kata menteri digital.Kerajaan ambil langkah awal bantu pekerja sesuaikan diri dengan perubahan dicetuskan oleh penggunaan AI, kata menteri digital.

Kerajaan kenal pasti sektor terkesan AI, bantu tingkat, latih semula kemahiran

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
gobind singh deoMenteri Digital Gobind Singh Deo berkata, selain tangani kesan AI terhadap pekerjaan sedia ada, kerajaan turut beri perhatian kepada peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan oleh AI, yang memerlukan kemahiran dan kepakaran berbeza. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti sektor-sektor yang dijangka menerima kesan daripada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan mempergiat usaha meningkatkan kemahiran serta latihan dalam memastikan tenaga kerja bersedia menghadapi perubahan teknologi itu, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, sebahagian pekerjaan sedia ada berkemungkinan berubah susulan penggunaan teknologi baharu, justeru kerajaan mengambil langkah awal bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“Kita telah pun mengenal pasti sektor-sektor mana yang akan terkesan dan kita sekarang dalam proses untuk memastikan bahawa kita dapat meningkatkan kemahiran mereka dan melatih semula kemahiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan FIDE Forum bertajuk ‘From Oversight to Advantage: How Boards Can Accelerate AI Adoption in Malaysia’s Financial Institutions’ hari ini.

Gobind berkata, selain menangani kesan terhadap pekerjaan sedia ada, kerajaan turut memberi perhatian kepada peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan oleh AI yang memerlukan kemahiran dan kepakaran berbeza.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sedang merangka strategi bagi memastikan institusi pendidikan, universiti dan pusat latihan kemahiran mampu memenuhi keperluan bakat yang semakin berkembang dalam era AI.

Tambahnya, usaha itu tidak hanya tertumpu kepada pelajar dan graduan baharu, malah turut melibatkan pekerja sedia ada menerusi pembangunan modul pembelajaran yang mudah diakses untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan AI.

Menurut Gobind, langkah itu penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat memanfaatkan teknologi baharu secara lebih berkesan, selain mengelakkan mereka daripada tercicir apabila AI semakin meluas digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Beliau berkata, inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara AI menjelang 2030, yang memerlukan kesiapsiagaan dari segi bakat, infrastruktur digital dan ekosistem teknologi yang menyeluruh.

Sementara itu, katanya, kerangka tadbir urus AI negara yang sedang dibangunkan tidak akan mengambil alih peranan pengawal selia sedia ada, sebaliknya akan melengkapkan usaha mereka dalam mengurus cabaran dan peluang yang dibawa oleh teknologi AI.

“Sektor seperti kewangan, perubatan dan profesion lain masing-masing mempunyai institusi kawal selia tersendiri, manakala Pejabat AI Kebangsaan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan pembangunan teknologi AI selari dengan keperluan negara dan aspek keselamatan,” katanya.

Sementara itu, laporan FIDE Forum dan Accenture Malaysia yang dilancarkan hari ini mendapati walaupun 71% bank di Malaysia telah melaksanakan sekurang-kurangnya satu aplikasi AI, hanya 17% institusi kewangan berjaya melaksanakan inisiatif AI strategik pada skala besar.

Laporan itu turut mendedahkan tiada institusi kewangan yang mengambil bahagian berjaya mencapai integrasi AI sepenuhnya di peringkat perusahaan, manakala kekurangan bakat, infrastruktur teknologi legasi, jurang tadbir urus dan tahap literasi AI yang terhad dalam kalangan ahli lembaga pengarah dikenal pasti sebagai antara cabaran utama menghalang penggunaan AI secara menyeluruh.

Market Opportunity
Gensyn Logo
Gensyn Price(AI)
$0.02419
$0.02419$0.02419
-6.31%
USD
Gensyn (AI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order