Pegawai Daerah Hulu Langat Mohd Jusni Hashim berkata kos itu turut meliputi kerja pembersihan kawasan dan baik pulih tebing sungai terjejas akibat pembinaan tanpaPegawai Daerah Hulu Langat Mohd Jusni Hashim berkata kos itu turut meliputi kerja pembersihan kawasan dan baik pulih tebing sungai terjejas akibat pembinaan tanpa

Kos RM600,000 bukan sekadar roboh penempatan Rohingya termasuk pulih tapak

2026/06/16 12:40
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
flat rohingyaSebelum ini, tular video memaparkan sebuah bangunan empat tingkat separuh siap dilengkapi kemudahan air dan elektrik, dipercayai didiami komuniti Rohingya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kos siling RM600,000 bagi menangani isu struktur binaan tanpa kebenaran yang didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat, bukan hanya melibatkan kerja perobohan.

Pegawai Daerah Hulu Langat Mohd Jusni Hashim berkata kos itu turut merangkumi kerja membersihkan kawasan serta membaik pulih tebing sungai yang terjejas akibat pembinaan berkenaan.

Menurutnya, isu itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Isu Berkaitan Struktur Binaan Tanpa Kebenaran di Kampung Baru Sungai Makau pada 10 Jun lalu.

“Mesyuarat itu telah membincangkan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sehingga kini di bawah bidang kuasa agensi masing-masing serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi maksud perobohan struktur binaan tanpa kebenaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Jusni berkata, keluasan tapak terlibat dianggarkan 1,845 meter persegi merangkumi struktur kediaman bertingkat dan beberapa unit binaan satu tingkat di atas tanah persendirian serta tanah kerajaan termasuk rizab sungai dan rizab jalan.

Beliau berkata pemilik tanah memulakan tindakan perobohan pada 13 Jun lalu dengan memberi tumpuan awal kepada struktur di atas rizab sungai dan rizab jalan.

Katanya, pemilik tanah juga akan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan bagi merobohkan struktur bangunan kediaman bertingkat dengan mengambil kira aspek teknikal serta keselamatan.

Sebelum ini, tular video memaparkan sebuah bangunan empat tingkat separuh siap dilengkapi kemudahan air dan elektrik, dipercayai didiami komuniti Rohingya.

Bangunan itu dilaporkan dibina secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel