Presiden Umno itu berkata penubuhan wadah politik baharu haruslah bermatlamat satukan pemikiran orang Melayu.Presiden Umno itu berkata penubuhan wadah politik baharu haruslah bermatlamat satukan pemikiran orang Melayu.

Parti Melayu baharu patut satukan, bukan pecahkan perpaduan, kata Zahid

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ahmad Zahid HamidiPresiden Umno Zahid Hamidi berkata parti Melayu harus mengutamakan penyatuan agenda negara, agenda Islam dan agenda anak bangsa. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi mengalu-alukan penubuhan mana-mana parti politik Melayu baharu, namun berharap ia tidak memecahbelahkan perpaduan kaum dan agama.

Beliau yang juga presiden Umno berkata penubuhan wadah politik baharu oleh mana-mana individu atau tokoh seharusnya bermatlamat untuk menyatupadukan pemikiran orang Melayu.

“Kita mengalu-alukan mana-mana individu atau tokoh dengan syarat dapat menyatukan pemikiran dan tidak terus berpecah.

“Apa juga wadah yang digunakan, jika akhirnya dapat menyatukan tindakan atas agenda negara, agenda Islam dan agenda anak bangsa, sokongan akan dapat diberikan,” katanya selepas Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi.

Zahid mengulas mengenai kemunculan parti baharu yang berteraskan perjuangan Melayu-Islam.

Semalam, Pengasas Gerakan Reset Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara yang dijadual mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertamanya pada minggu depan.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.06037
$0.06037$0.06037
+1.94%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel